TRIP KE PULAU PERHENTIANN!~


JOURNEY TO THE ISLAND!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

                Pada kali ini, saya ingin berkongsikan sedikit pengalaman yang terindah kepada korang semua, iaitu beberapa minggu lalu, Kelas lanjutan Grafik telah menganjurkan Trip ke Pulau Perhentian, Besut di Negeri Terengganu selama 3 hari dua malam.  Sebelum itu saya bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai pengalaman indah ini. Trip kami pada haritu juga diikuti oleh pelajar Studio lain iaitu Reka Bentuk Industri. Setelah dicampur bilangan antara dua studio Seramai 37 pelajar yang mengikuti trip tersebut. Dalam perjalanan menuju ke Besut kami menaiki sebuah bas upsi yang juga diiringi oleh pensyarah-pensyarah kami.

DAY 1 ~ 


                Pada tarikh 6 hb april iaitu hari jumaat kami semua berkumpul di bitarasiswa UPSI pada pukul 3.00 petang. Selepas kehadiran di ambil kami semua memasuki dalam bas. Tepat pada 3.35 petang bas bertolak. Sepanjang perjalanan kami sangat menyeronokkan dengan lawak jenaka masing-masing. Pada malam itu, kami telah sampai ke Besut kira-kira pada pukul 1 pagi. Perjalanan kami memakan masa lebih dari 8 jam. Okay sebelum tu, nak cerita sikit pada malam itu kami bermalam dirumah orang kampung Besut sendiri yang tidak jauh dari Pulau perhentian . Ketibaan kami di sambut mesra oleh makcik pemilik rumah tersebut.  Manakala, pelajar lelaki, pensyarah dan pemandu bas pula bermalam di rumah berhadapan dengan makcik tersebut. Pada malam itu, kami semua tidur mengikut keselesaan masing-masing. Ada yang tidur didalam bilik dan ada juga tidur berselerak di ruang tamu. Huhu. .


DAY 2 !!




Tepat pukul 5 pagi kami semua bangun dari tidur, masing-masing pada pagi itu semangat untuk bersiap awal. Maklumlah~ semua bersemangat nak pergi ke Pulau Perhentian kan. Selepas semua bersiap kami turut disediakan sarapan pagi untuk mengisi perut kosong. Setelah selesai semua kami duduk di ruang tamu menunggu pemandu bas menghidupkan enjin bas. kami berangkat dari penginapan tersebut kira-kira pukul 7 pagi dan sebelum bertolak kami semua bersalaman dengan makcik tersebut dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Perjalanan menuju ke jeti pulau perhentian pula tidak memakan masa yang lama iaitu hanya 15 minit shaja  dari rumah penginapan. 


setelah sampai macam biasalah kenalah ada sesi fotografi...  😛
Lepastu, kami pon bertolak untuk pergi ke pulauu~~ 😁pada masa itu kami menaiki bot besar untuk sampai ke pulau kerana perjalanan agak jauh jugak iaitu mengambil masa 45-50 minit. 

NI suasana kami semasa dalam bot



Untuk pengetahuan semua, kami menaiki bot yang bersaiz agak besar dimana pemandu bot tersebut hanya mempu menghantar kami jauh dari tepi pantai. Mula-mula kami ingat, kami perlu berenang utnuk pergi pantai 😂masetu cuak jugak la... tapi syukur kerana ad bot kecik yang mula bergerak kearah kami dan menghantar kami ke tepi pantai. 😆 satu bot kecik tersebut hanya memuatkan 10 orang sahaja. Jadi kami pun bergilir-gilir untuk dihantarkan ke pantai. Tapi masa tu, ingatkan lepas turun dari bot tu kami tak basah, tapi rupa-rupanya kene jugak redah air. 😵
Ini lah bot kecik yang saya maksudkan tadi yer ~

Okay~ bila da sampai tu kami pun meletakkan barang2 di luar sementara menunggu untuk check-in homestay pada petang itu.Pada haritu kami menjalankan aktiviti snorkeling di beberapa pulau, kalau tak silap ada 4 tempat pulau yang berbeza kami pergi di mana kesemuanya sangat memukau pandangan kami. 😍😍 sebelum memulakan snorkeling kami didedahkan awal tentang cara-cara untuk snorkeling dan cara menggunakan jaket yang betul.

 

Ni muka-muka manusia yang tidak sabar nak bersnorkeling~~ XD hahah! excitedd punya pasal.
So sini saya nak ceritekan sedikit la pengalaman semasa bersnorkeling hritu. 😁Pada checkpoint yang pertama , kami berpeluang melihat bnyak ikan yang cantik dna juga batu karang. Subhanallah! MashaAllah~ indahnya ciptaan tuhan. Saya punya excited tu smpai xnak kluar dr air. tak cukup kot masa 15 minit untuk satu pulau. hahaha. tapi apkan daya pemandu bot tu nk cepat dye cakap dye juga banyak pelanggan2 lain yang nak g snorkling jugak. huehueee~ Okay~ next checkpoint. sama jugak kami melihat ikan-ikan dari anak ikan smpai laa bapak ikan.. hehe.


cekpoint kedua ni kami melihat sekumpulan bnyak ikan2 yang sdng mengeliling kami.😍 N tempat tu xde sangat batu karang sebab kami pergi ke tepi pantai.  huhu.. Okay~ mesti korang nak tau kan cekpoint yang ketiga pulak macam mane. hehee.. cek point ketiga, kami pergi ke tmpat agak dalam ckit. dimana kami berpeluang melihat penyuuuuuu!! yess penyuu berenang bersama kami.. 😻 ni la pengalaman saya yang  pertama melihat penyu depan mata.. hihi sedih tak😆 okay finally~ our last checkpoint is.......hahaha. semua lemau.. masing-masing xnk turun dari bot.smue muke penat. hahah.. lagipun last cekpoint tu agak scaryyyy ckit sbb airnya bergelora ckit. dengar cerite tmpat cek poin last tu ada baby chark dodododo~ huhu.. tapi xpelah~ sbb penat sngat kan xmampu lagi nak masuk dalam air.. XD tngok kawan-kawan lain yang turun pun dah ckup ok. hahhaaa..


 



Setelah keempat-empat cekpoint sudah kami pergi.. kami pun terus balikkkk~ dengan muke merah-merah . bukan stakat muke bibir pun merah.. hahaha. mngkn sebb effect air masin sangat kot .. huhuhu.. oke smpai je kat pulau perhentian.. kami pun cek in homestay~ n memasing ngadu penat la letih la. huhu . Homestay yg kami diami tu satu bilik 4 orang n disediakan satu bilik mandi.. bilik dye sangat2 selesa 💗 tak rugi kalau nk tempah homestay tu. mmg berbaloi dengan harganya.

 

okayy~ lastly sy nk kongsi sedikit aktiviti kami sterusnya pada petang iaitu kami hendaklah mengambil gambar berdasarkan penerangan yang telah diberikan oleh lect kami. Aktiviti ini sangatlah sesuai dengan subjek kami iaitu lanjutan grafik. Setiap orang daripada kami hendaklah mengambil gambar yang mnarik. 


 








Aktiviti fotografi ini juga diteruskan pada malam hari. di mana kami di beri peluang untuk mengambil suasana di malam hari.. Kami juga di dedahkan teknik2 untuk menangkap gambar pada waktu malam.




 ~ mcam mane hasilnye> okey tak pelajar2 grafik ni ambik gambar. huhuhu .. okey nampaknya stakat ni jla yang mampu saya nk kongsikan pengalaman sy. . huhu.. sbnrny banyak lagi moment2 indah ttapi apakan daya jari jemari ni xmampu lg menaip campur jugak dengan otak ni tak mampu nka mikir ayat. hahahh. biasela kite ni budak seni bukan bdak sastera. XD ehh ade kaitan ke tak eh,, huhuh 🙈🙉 sekian sahaja dr blog sy. smpai berjumpa lagi ya dimasa akan datang . itupun kalau sy  rajin lg nk mengUpdate blog . XD XD



Comments