REFLEKSI MINGGU 2

PENGENALAN SOFTWARE ADOBE PHOTOSHOP, INDESIGN DAN ILLUSTRATOR? 



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 




   Pada minggu kedua kuliah, kami diterangkan sedikit informasi tentang beberapa software yang sangat popular iaitu, Adobe photoshop,Illustrator dan Indesign. Dalam kelas minggu ini, pensyarah membuat sedikit kelainan iaitu membuat aktiviti supaya kami sendiri berfikir . Kami diarahkan untuk mengisi jadual kosong pada papan putih yang telah ditulis oleh pensyarah kami. Jadual tersebut menunjukkan kelebihan, kelemahan dan penggunaan di antara ketiga-tiga software tersebut. Ternyata banyak perkra yang perlu kami pelajari lebih mendalam antara ketiga-tiga software tersebut. Oleh itu, saya ingin menulis serba sedikit pengenalan kepada ketiga-tiga software tersebut sebagai perkongsian ilmu.

Adobe Photoshop


      Seperti yang kita dapat tahu Photoshop merupakan software yang paling popular antara ketiga-tiganya. Hal ini kerana penggunaan Adobe Ps sering digunakan oleh artis Grafik bagi menghasilkan karyanya. Adobe Photoshop (PS) adalah perisian yang digunakan untuk mengubah suai gambar atau image kepada pelbagai bentuk mengikut citarasa dan kreativiti pengguna yang dicipta oleh Adobe Systems. Ia merupakan antara aplikasi grafik pengeditan popular untuk jumlah yang banyak ciri-ciri.

Fungsi utama dari Adobe ps hanyalah sebagai aplikasi pengedit foto atau gambar berdasarkan raster atau bitmap. Namun sebagai aplikasi pengedit gambar, fungsi Photoshop dapat lebih khusus untuk mempercantik gambar, mengedit gambar, dan membuat design gambar. Fungsi Photoshop untuk mempercantik gambar adalah dengan cara menghaluskan atau membersihkan objek. Fungsi Photoshop untuk mengedit gambar dengan cara mengubah ataupun menggabungkan gambar-gambar yang berbeza agar terlihat seperti gambar yang lebih memukau audiens dan seringkali dapat menipu mata apabila melihatnya.Okey dari sini kita dapat tahu kelebihan ps. Disebalik Kelebihan namun terdapat juga kekurangannya ya !

Yang pertama sekali, kita dapat tahu penggunaan layer terlalu banyak apabila menggunakan PS. Hal ini menyebabkan  pengguna  menjadi bingong kerana layer yang  di gunakan sudah berterabur dan sukar mengenalpasti layer yang ingin dipilih. 
         File yang digunakan terlalu besar. Dalam penyimpanan hasil photoshop ini memerlukan ukuran yang besar jika banyak layer yang di gunakan.kerana semakin banyak layer yang dihasilkan maka semakin berat file untuk menyimpannya.

Itu Sahaja yang saya mampu untuk ceritakan serba sedikit tentang Software PS. 



Comments