REFLEKSI MINGGU 1

APA ITU GRAFIK ?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

      Pada minggu pertama kelas dijalankan, kami telah diberikan penerangan secara umum tentang grafik. Oleh itu, saya dapat memberi definisi secara umum tentang Grafik iaitu, ia merupakan komunikasi visual untuk menyampaikan sesuatu mesej. Sebagai contohnya benda yang paling dekat kita dapat lihat iaitu, papan tanda, poster, dan banner. Ia merupakan cara untuk menyampaikan mesej dan memudahkan orang ramai untuk memahami mesej yang hendak disampaikan tersebut. Di samping itu, banyak lagi contoh grafik yang boleh kita lihat disekeliling. 

     Menurut sumber blog lain. Beliau menyatakan bahawa Grafik (berasal dari perkataan Greek merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, dan papan.Contoh grafik ialah gambar foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta,lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar. Grafik komputer (Computer graphics) adalah ilmu komputer yang berkaitan dengan pembuatan dan manipulasi gambar (visual) secara digital. Bentuk sederhana dari grafik komputer adalah grafik komputer 2D yang kemudian berkembang menjadi grafik komputer 3D, pemprosesan gambar (image processing),dan pengenalan pola (pattern recognition). Grafik komputer sering dikenal juga dengan istilah visualisasi data.

sumber : https://cikgugrafikanda.wordpress.com/2015/03/16/apa-itu-reka-bentuk-grafik/

SEJARAH GRAFIK


  • Grafik telah wujud sekitar 15000-1000 S.M. di mana orang Roman telah menggunakan gambar di atas dinding gua sebagai bahasa visual.
  • Pada tahun 1880,akhbar pertama New York Daily banyak menggunakan elemen grafik dalam teknologi baru iaitu memasukkan elemen fotografi.
  • Pada tahun yang sama,poster ilustrasi berwarna dihasilkan dan dilekatkan di sekitar bandar di Amerika Syarikat dan Eropah.
  • Pada tahun 1890 hingga 1930,kumpulam Avant Garde telah memperkenalkan istilah Art Nouveu yang mempelopori seni huruf.
  • Perkembangan teknologi masa kini telah merancakkan lagi perkembangan reka bentuk grafik dan tidak terhad kepada percetakan.

 Bidang grafik terbahagi kepada 7 reka bentuk iaitu:


  1.   Reka bentuk korporat
  2.  Reka bentuk papan peraga(Billboard)
  3.   Reka bentuk pembungkusan
  4.   Reka bentuk penerbitan umum
  5.   Reka bentuk digital
  6.   Reka bentuk papan tanda
  7.    Logo

Comments