Introduction

Assalamualaikum dan salam sejahera, 

      Sebelum saya memulakan refleksi saya, saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada Dr. Nor Syazwani iaitu pensyarah kelas Lanjutan Grafik MSG3023 kerana telah memberi peluang kepada kami untuk menulis refleksi diri bagi setiap minggu selepas tamat pembelajaran. Refleksi ini adalah bertujuan tempat untuk kami semua meluahkan pendapat atau sesuatu ilmu yang diperoleh dalam kelas Lanjutan Grafik. Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan sedikit tentang diri saya terlebih dahulu, nama saya Farah Hazwani Binti Mahmood, berasal dari Sarawak. Saya memulakan pengajian saya di UPSI pada tahun 2016. Pada tahun ini saya merupakan Pelajar Sem 4 yang mengambil Program AT23 Pendidikan Seni. Pada semester ini, seramai 14 orang pelajar telah mengambil Kursus Lanjutan Grafik yang terdiri daripada pelbagai Semester. Disamping itu, kami juga dapat mengerat hubungan silaturahim antara senior kos Pendidikan Seni juga, 
       

Comments